45 fakta tentang Lee Min Ho

Standard

leeLee Min Ho adalah nama sebenarnya..Dia sengaja menggunakan nama tersebut kerana dia ingin orang lain mudah mengingati namanya. Kereta yang digunakan oleh Lee Min Ho ialah Silver Mercedes Benz.. Lee Min Ho ialah perokok dan pemabuk..tetapi dia bukanlah perokok tegar dan hanya minum 4 gelas soju sahaja.. Dia selalu membawa minyak wanginya didalam begnya kemana-mana sahaja.
45 fakta tentang Lee Min Ho

Lee Min Ho adalah nama sebenarnya..Dia sengaja menggunakan nama tersebut kerana dia ingin orang lain mudah mengingati namanya.

Kereta yang digunakan oleh Lee Min Ho ialah Silver Mercedes Benz.

Lee Min Ho ialah perokok dan pemabuk..tetapi dia bukanlah perokok tegar dan hanya minum 4 gelas soju sahaja..

Dia selalu membawa minyak wanginya didalam begnya kemana-mana sahaja.

Ibunya menjadi sumber inspirasi Lee Min Ho selama ini dan sering membantu dalam kariernya.

Hampir kesemua rakan sepermainannya sewaktu dia kecil mengatakan bahawa ramai gadis-gadis meminati Lee Min Ho kerana kebaikannya bukan kerana rupa paras yang dimilikinya.

Lee Min Ho sering mengatakan bahawa dia bukan berasal dari keluarga yang kaya..Dia memberitahu kepada pihak media bahawa keluarganya hanyalah keluarga yang berpendapatan sederhana..

Baru–baru ini, kakak Lee Min Ho turut memceburkan diri didalam bidang hiburan tetapi tidak ingin selalu menonjolkan dirinya disamping Lee Min Ho..Dia tidak ingin dikenali sebagai kakak Lee Min Ho tetapi dia menginginkan namanya terkenal kerana bakatnya.
 
Bapa Lee Min Ho ialah ahli perniagaan tetapi tidak ingin dikenali ramai.
 
Kebanyakkan jiran-jiran mereka mengatakan Lee Min Ho sangat kacak sewatu dia kecil dan memaksa Lee Min Ho untuk pergi ke uji bakat lakonan.

Lee Min Ho memulakan perkerjaannya sebagai pelakon apabila dia menyertai uji bakat tanpa diketahui umum..tetepi dia tidak diterima sewaktu itu..
 
Lee Min Ho masih lagi melanjutkan pelajarannya di Konkuk Universiti didalam bidang pembikinan filem tetapi dia masih lagi bercuti kerana jadual dia yang sangat padat.

Dia sebenarnya pemain bola sepak yang berkaliber. Sebelum dia menjadi pelakon, cita-citanya ialah seorang pemain bola sepak kerana dia telah dilatih oleh Cha Bum Kun iaitu pemain bola sepak Korea yang baik. Dia sangat meminati pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Manchester United sebagai kelab kegemarannya.

Dia juga kecewa kerana terdapat peminat yang meragui dirinya dan mengatakan bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik kerana terdapat gambarnya disebuah klinik pembedahan plastik. Sebenarnya dia hanya melakukan pembedahan kecil pada hidungnya kerana hidungnya patah sewaktu bermain bola sepak.

Dia pernah kemalangan pada tahun 2006 lalu dan dia terpaksa merehatkan dirinya selama 6 bulan. Kakinya patah dan mengakibatkan dia cita-citanya yang ingin menjadi pemain bola sepak terkubur.
 
Lee Min Ho ialah ‘ambidextrous’ iaitu orang yang boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya tanpa rasa kekok malah dia mampu menulis menggunakan tangan kirinya. Ini disebabkan kerana kemalangan yang menimpanya maka terpaksalah dia menggunakan tangan kirinya.
 
Dia sangat gemar bersosial tetapi kini dia jarang membuka laman Facebook, Twitter, Sina dan Cyworldnya kerana sudah terdapat banyak nama yang menyamar menjadinya.

Lee Min Ho sangat lemah dalam bahasa Inggerisnya..oleh itu, dia sedang mempelajarinnya dengan amat gigih..

Dia selalu membaca komen-komen yang peminatnya tulis di Twitter dan apabila dia mempunyai masa lapang, dia akan membaca komen-komen yang mereka tulis..terdapat komen-komen yang membuatkan dia berasa kelakar..

Min Ho menginginkan seorang kekasih buat masa ini kerana dia baru sahaja merasai nikmat bercinta sebanyak 2x iaitu sewaktu dia di sekolah tinggi dan di universiti..Ciuman pertamanya ialah dihadapan rumah kekasihnya.

Sewaktu dia bercinta, dia seringkali menelefon kekasihnya dan berbual hampir 13 jam sehari.

Idola kegemarannya ialah pelakon Song Hye Kyo iaitu pelakon wanita didalam drama Full House tetapi sewaktu itu dia sedang bercinta dengan Hyun Bin (pelakon lelaki di dalam Secret Garden). Dia ingin mengucapkan tahniah kepada Song Hye Kyo kerana telah menjumpai kekasih hati..tetapi sekarang mereka berdua telah memutuskan hubungan..adakah Lee Min Ho akan mencuba nasibnya

Ciri-ciri wanita yang diminatinya ialah tidak terlalu tinggi, berkulit cerah dan comel (contoh : Song Hye Kyo).

Lee Min Ho mengatakan dia tidak ada masalah bercinta dengan orang yang lebih tua 10 tahun darinya.
 
Lee Min Ho tidak kisah dengan gaya pemakaian kekasih hatinya asalkan kekasinya berasa yakin dengan cara pemakaiannya.

Warna kegemaranyanya ialah warna yang natural seperti biru laut, hitam, putih dan kelabu.

Lee Min Ho mengatakan sekiranya pilihan hatinya tidak dapat diterima oleh ibu bapanya mahupun peminatnya, dia akan melarikan diri bersama kekasihnya itu..

Apabila dia ingin bercinta lagi selepas ini, dia akan menelefon gadisnya itu selama setiap 3 jam kerana merindui suara gadisnya itu.

Dia mengatakan bahawa dia memerlukan kekasih yang sangat kemas kerana dia bukanlah orang yang pengemas..biliknya seringkali dikemas oleh ibunya..

Sekiranya dia berjalan dengan kekasihnya ditepi pantai, dia akan sentiasa memimpin tangan kekasihnya itu kemana jua dan meminta dia melipat seluar agar tidak terkena air pantai sekiranya gadis itu memakai seluar.

Ramai rakan sejawatnya mengatakan Lee Min Ho adalah lelaki yang sangat romantik..

Sewaktu temuduga dijalankan, dia ditanya dengan soalan sama ada dia orang yang pandai melakonkan adegan bercium atau tidak..dia menjawab dia hanya biasa-biasa sahaja dan setakat ini semua berpuas hati dengan teknik ciumannya itu.

Dia mengatakan dia sering menonton video lucah sewaktu sekolah tinggi malah lebih dari 1x..Dia mengatakan setiap lelaki di Korea pasti akan menonton video itu pada usia sebegitu tetapi sekarang ini, dia sudah lama tidak menontonnya..

Lee Min Ho mempunyai anjing jenis Mini Pinscher bernama ‘Choco’ dan anjing itu amat rapat dengan kakaknya yang paling tua kerana kakaknya itulah yang telah membela anjing tersebut.
 
Lee Min Ho sangat rapat dengan  Kim Bum dan Jung Il Woo..Meraka bertiga selalu melakukan sambutan hari jadi apabila terdapat hari jadi salah seorang dari mereka. Lee Min Ho pernah hadir sewaktu majlis hari jadi Jung Il Woo dan Min Ho mengajak mereka berdua datang ke rumahnya untuk menyambut hari jadinya.

Min Ho sering kali makan tengah hari bersama Kim Bum dan mengambil gambar bersama..Mereka selalu berjumpa sekurang-kurangnya 3x seminggu.

Dia sangat suka apabila orang memujinya kacak tetapi dia sering menjawab bahawa terdapat ramai lagi yang lebih kacak darinya..Majalah AERA pernah melakukan temubual dengannya dan mereka bertanya ‘Lee Min Ho sangat kacak dan awak tidak pernah ke terjatuh hati pada diri sendiri setiap kali menatap wajah awak di cermin ??’..Dia tergelak lalu menjawab ‘tidak pernah’.
Dia pernah mengatakan dia menginginkan rupa wajah yang sama sekiranya dia dilahirkan semula dan sentiasa muda dengan usia 20 tahun sahaja..

Dia pernah ditemu ramah pada tahun 2009 lalu..‘sila pilih antara 3 jawapan..awak dipilih menjadi model disebabkan (1) sebab awak kacak, (2) sebab awak tinggi, (3) sebab awak kacak dan memakai pakaian yang kemas dan sesuai’..lalu Lee Min Ho menjawab ‘ saya pilih no (3)’..

Lee Min Ho sangat fasih berbahasa korea tetapi lemah dalam berbahasa Inggeris..Sekarang ini dia sedang mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

Oleh Kerana dia terkenal di negeri China, Dia mula mempelajari bahasa China juga bagi menghargai peminatnya disana. Apabila ditanya mengenai perjalanan bahasa Chinanya, dia akan menjawab keadaannya seumpama bayi yang berusia 3 bulan..

Dia berasa sangan sayu apabila musim luruh dan dia tidak tahu sebabnya..

Apabila ditanya apakah yang dibuat oleh Lee Min Ho sewaktu Krismas dan dia menjawab ‘saya akan lebih tertekan jika saya keluar dengan rakan-rakan..oleh itu, saya lebih gemar duduk dirumah sahaja’.

Lee Min Ho terdapat sesi pengambaran di Thailand dan matanya sering memandang gambar perempuan yang memakai bikini yang seksi-seksi..

Terdapat sesi lakonannya di Chatrium Hotel lalu pengawalnya meminta dia melalui pintu belakang kerana ramai peminatnya telah berada dipintu hadapan..tetapi Lee Min Ho tetap mahu melalui pintu hadapan kerana disitulah peminat yang sedang menunggu kehadirannya..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s